Status politik Pulau_Taiwan

Rencana utama: Republik China di Taiwan

Pada tahun 1895, Taiwan, termasuknya Pulau Penghu, menjadi tanah jajahan Jepun, yakni sebuah konsesi Empayar Qing selepas kekalahan dalam Perang China-Jepun Pertama (First Sino-Japanese War).

Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II pada 1945, Tentera Bersekutu memerintah tentera Jepun menyerahi Taiwan kepada Republik China (ROC) dan ROC menjadi pemerintah mutlak Taiwan semenjak itu.

Pada tahun 1949, sewaktu dikalahkan oleh Parti Komunis China dalam Perang Saudara China, pemerintah Kuomintang (KMT) di Republik China berundur dari tanah besar China dan memindahkan kerajaannya ke Taipei, yakni bandar raya Taiwan yang terbesar. Walaupun demikian, ia masih menuntut kedaulatan seluruh negeri China dan Mongolia. Di tanah besar, pihak Komunis mengasaskan Republik Rakyat China (People's Republic of China) (PRC) dan mengganggapkan diri sebagai wakil tunggal bagi negeri China, termasuk Taiwan, serta mewajahkan kerajaan ROC di Taiwan sebagai sebuah entiti yang tidak sah.

Taiwan telahpun berubah menjadi sebuah ekonomi perindustrian utama yang telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur. Sementara itu, reformasi politik yang bermula pada akhir 1970an dan menerusi sehingga awal 1990an melonggarkan politik ROC daripada sebuah negeri satu parti yang autoritarian kepada sebuah demokrasi pelbagai parti. Pada tahun 2000, kuasa monopoli KMT terputus apabila Parti Demokratik Progresif (DPP) memenangi jawatan Presiden ROC.

Selain daripada kumpulan-kumpulan yang ingin menyatukan kembali Taiwan dengan tanah besar, terdapat sebuah gerakan kemerdekaan Taiwan yang ingin mengasaskan Republik Taiwan. Tuntutan-tuntutan bertentangan yang dikemukakan ke atas masa hadapan Taiwan telah menimbulkan perbalahan ke atas taraf politik Taiwan. Persekitaran politik juga dirumiti dengan kemungkinan pertempuran bersenjata sekiranya tindakan terang-terangan terhadap kemerdekaan ditujui. Walau bagaimanapun, adalah dasar PRC supaya "menggunakan kuasa untuk memastikan penyatuan kembali" sekiranya cara-cara yang aman gagal. Oleh sebab itu, terdapat banyak pemasangan tentera di pantai Fujian. Sebagai balasan, Amerika Syarikat telah memberi latihan tentera dan jualan senjata kepada ROC. Sesungguhpun, Amerika Syarikat telah berkali-kali menegaskan bahawa ia tidak akan menyokong pergerakan kemerdekaan Taiwan ataupun pertukaran kepada status quo daripada mana-mana pihak, baik daripada kepimpinan ROC ataupun PRC.

KMT menyokong status quo tanpa menetapkan tempoh walaupun tujuan penyatuan kembali dikekalkan kerana penyatuan dibawah iklim politik di China pada masa kini tidak dapat diterima oleh orang awamnya. DPP yang menyokong kemerdekaan Taiwan, juga menyokong status quo kerana risiko daripada pengisytiharan kemerdekaan dan provokasi terhadap tanah besar China tidak diterima oleh ahli-ahlinya. Sungguhpun, kedua-dua pihak menyokong pengambilan langkah-langkah yang aktif dalam penyertaan di organisasi-organisasi antarabangsa.

Kini, terdapat 25 buah negeri — kebanyakannya negara-negara membangun yang kecil di Afrika dan Amerika Selatan — yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Republik China, walaupun banyak negara, termasuknya Amerika Syarikat (melalui Institut Amerika (American Institut) di Taiwan) dan United Kingdom, telah mempunyai kedutaan de facto di ROC. Kedutaan-kedutaan de facto ROC dirujuk sebagai Pejabat Perwakilan Perdagangan dan Kebudayaan Taipei (Taipei Economic and Cultural Representative Offices (TECRO)), sedangkan cawangan-cawangan yang setanding dengan konsulat digelarkan sebagai Pejabat Perdagangan dan Kebudayaan Taipei (Taipei Economic and Cultural Offices (TECO)).

Setiap tahun sejak 1992, kerajaan Republik China telah mengemukakan petisyen penyertaannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi sehingga kini, tidak berjaya disebabkan kebanyakan negeri termasuk Amerika Syarikat enggan melibatkan diri dalam taraf politik ROC kerana ketakutan menjejaskan talian diplomatik dengan PRC. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak Amerika Syarikat dan Jepun telahpun mengistytiharkan sokongan terhadap penyertaan Taiwan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) sebagai peninjau. Tanpa sokongan rasmi daripada komuniti antarabangsa, tidak jelaslah bagaimana visi penyokong-penyokong kemerdekaan Taiwan dapat dicapai.

Selepas menghadapi tekanan yang sungguh kuat dari PRC, ROC telah menggunakan gelaran "Taipei China" (Chinese Taipei) di Sukan Olimpik dan acara-acara antarabangsa yang biasanya juga disertai oleh PRC.